LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2010/2011

 

Program Permuafakatan Ibu Bapa murid Tahun 6 (23 Januari 2010)

Program Permuafakatan Ibu Bapa Murid Tahun 6 ini adalah salah satu wadah untuk memupuk kerjasama di antara ibu bapa atau penjaga murid-murid tahun 6 dengan pihak sekolah terutamanya dengan guru-guru yang mengajar subjek-subjek UPSR demi mencapai kejayaan yang cemerlang di kalangan murid-murid SK Taman Ehsan bagi tahun 2010. Kerjasama ibu bapa dan pihak sekolah adalah sangat penting, terutamanya bagi memastikan kejayaan murid agar lebih cemerlang.

 
Temasya Sukan Tahunan 2010 (28 Mac 2010)
Temasya Sukan Tahunan pada kali telah berlangsung dengan jayanya. Pihak PIBG SK Taman Ehsan telah menyumbangkan sejumlah wang bagi membantu pihak sekolah menjayakan temasya Sukan Tahunan ini.
 
Perkhemahan Unit Beruniform 2010 (16-17 April 2010)
Perkhemahan Unit Beruniform SK Taman Ehsan yang diadakan di Kem Bukit Lagong telah mencapai objektifnya. Perkhemahan Ini bertujuan untuk memberikan pengalaman perkhemahan kepada murid-murid tahap 2 di SK Taman Ehsan. Mereka didedahkan dengan pelbagai aktiviti perkhemahan yang menarik. Pihak PIBG turut menjayakan program ini dengan menyumbangkan sejumlah wang untuk menampung kos aktiviti.
 
Sambutan Hari Guru (17 Mei 2010)
Pada tahun ini, Sambutan Hari Guru peringkat sekolah disambut secara sederhana, walaubagaimanapun pihak PIBG SK Taman Ehsan tidak lupa untuk memberi  sedikit sumbangan kepada Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan untuk menampung perbelanjaan aktiviti pada hari tersebut.
 
Program Teknik Menjawab Soalan UPSR(5-6 Mei)
Teknik menjawab soalan UPSR diadakan untuk membantu murid-murid tahun 6 melengkapkan diri dengan peperiksaan UPSR. Penceramah yang dijemput oleh pihak sekolah mempunyai pengalaman yang luas dan sedikit sebanyak dapat memberi impak yang positif kepada murid tahun 6. PIBG SK Taman Ehsan telah turut menjayakan program ini dengan menyumbangkan sejumlah wang untuk menampung perbelanjaan program tersebut.
 
Majlis Solat  Hajat(15 September 2010)
Majlis ini diadakan pada setiap tahun ini adalah sebagai satu usaha memohon ke hadrat Ilahi agar murid-murid Tahun 6 dapat menghadapi peperiksaan UPSR dengan tenang . Di samping itu juga,majlis ini diadakan supaya murid-murid dapat memohon keberkatan dan keredhaan daripada ibu bapa dan guru-guru.
 
Majlis Makan Malam ALUMNI SKTE (6 November 2010)
ALUMNI SK Taman Ehsan dengan Kerjasama PIBG SK Taman Ehsan telah mengadakan Majlis Makan Malam ALUMNI SKTE yang bertujuan untuk mengumpul bekas-bekas murid dan guru-guru SKTE. Program ini berjaya memberikan sejumlah sumbangan kepada tabung PIBG.
 

Hari Anugerah Cemerlang (13 November 2010)         

Hari Anugerah cemerlang yang diadakan pada setiap tahun bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Sebahagian besar peruntukkan telah diberikan oleh pihak PIBG untuk menganjurkan majlis  tersebut, selain itu juga pihak sekolah turut menerima sumbangan daripada ibu bapa untuk menjayakan majlis tersebut.

 

 

 

PROGRAM PERMUAFAKATAN IBU BAPA MURID TAHUN 6, 2011

 

Tarikh : 29.01.2011

Hari : Sabtu

Masa : 8.00 pagi hingga 1.30 tengah hari

Tempat : Dewan Kenyalang, SK Taman Ehsan, Kepong, Selangor

Program Permuafakatan Ibu Bapa Murid Tahun 6 ini adalah salah satu wadah untuk memupuk kerjasama di antara ibu bapa atau penjaga murid-murid tahun 6 dengan pihak sekolah terutamanya dengan guru-guru yang mengajar subjek-subjek UPSR demi mencapai kejayaan yang cemerlang di kalangan murid-murid SK Taman Ehsan bagi tahun 2011.

Program Permuafakatan Ibu Bapa Murid Tahun 6 ini dimulakan dengan program motivasi untuk ibu bapa murid-murid tahun 6 sebagai salah satu bimbingan atau garis panduan untuk membantu anak-anak mereka di rumah. Ia telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu En. Zaharuddin. Taklimat serba ringkas tentang kandungan subjek-subjek yang terlibat dalam UPSR turut disampaikan oleh En. Nordin bin Yahaya. Diikuti oleh penerangan tentang PAFA yang disampaikan oleh En. Azreen bin Abdullah. Taklimat tentang perancangan aktiviti sepanjang tahun bagi murid-murid tahun 6 telah disampaikan oleh En. Ramli bin Ab Rahman selaku Guru Penolong Kanan Pentadbiran yang merangkumi penerangan tentang jadual kelas tambahan, program-program motivasi, kem-kem teknik menjawab soalan dan aktiviti-aktiviti sampingan.

Selain itu juga, penerangan tentang cara kemasukan ke sekolah menengah dan permohonan untuk ke sekolah menengah Agama Kebangsaan(SMKA), Sekolah Menengah Sains dan MRSM telah disampaikan oleh Pn. Rous Hanayati binti Taruddin selaku Penolong Kanan HEM. Sesi soal jawab juga turut dijalankan bagi memberi peluang kepada ibu bapa mengemukakan pertanyaan atau sebarang kemusyikilan berkaitan UPSR dan aktiviti-aktiviti sekolah berkaitan dengan murid tahun 6.

Turut diadakan ialah sesi perjumpaan ibu bapa dengan guru-guru yang mengajar subjek-subjek UPSR mengikut kelas. Ia adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada ibu bapa berbincang dengan guru tentang perkembangan anak-anak masing-masing. Ibu bapa juga berpeluang untuk bertukar-tukar pendapatan tentang tindakan atau panduan-panduan yang boleh diambil bagi membantu anak-anak mereka.

Sambuatan dan kerjasama daripada ibu bapa atau penjaga yang hadir amat-amat dihargai oleh pihak sekolah. Semoga kerjasama dan hubungan erat ini akan terus berkekalan demi kejayaan SK Taman Ehsan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 
Hubungi kami sekiranya anda memerlukan bantuan.
Telefon : +603 6276 2768 Faksimili : +603 62762768 E-mel : skte7213@yahoo.com Kod Sekolah : BBA 7213